Cerita Rakyat: GAGAK dengan MERAK (dengan gaya olahan sendiri)
![]() |
| Buku Cerita Merak & Gagak |
![]() |
| Gagak terbang cari makan |
![]() |
| Merak Albino kowt? |
Maka, hinggaplah ia (kalau cikgu bm ak taw ak gunakan "ia", konfem kena tiaw.. sorry cikgu x taw nak bagi ganti nama apa dah) berhampiran dengan seekor merak. Lalu berkicauan lah kelompok sang merak tersebut memanggil kawan - kawannya lain. Berhimpun la kawan sang merak sambil memerhatikan sang gagak yang berlakon seolah - olah mencari makanan. Lalu berbisik - bisik antara mereka melihat sang gagak. "Itu puak gagak ke?". "Ewww, buat apa dia menyemak di kawasan kita". "Ish, hodohnya sang gagak tu". "Takda kelas langsung." Dan pelbagai bisikan - bisikan yang sayup - sayup tetapi masih ditangkap oleh deria pendengaran sang gagak. Lalu sang gagak terasa hati dan terbang ia pergi jauh. Lalu termenunglah sang gagak dihina sebegitu rupa. Sang gagak melihat sayapnya, "hitam tak lawa la, patut la aku kena kutuk",getus hatinya. Namun begitu, hatinya sudah bertekad untuk menjadi seekor merak tidak mudah luntur dengan dugaan tersebut.
![]() |
| Agaknya Gam Gajah kowt yang Sang Gagak pakai. |
![]() |
| Happy Ending? Not yet. |
![]() |
| Hukuman Buat Sang Gagak |
(Teettt... Ada lagi page yang x habis salin nie..) Rupa - rupanya, ditakdirkan bahawa sang gagak tidak menemui ajal di tangan sang merak... Ada kawannya yang prihatin dan risau sentiasa memerhatikannya dan memantau dari jauh... Lalu menyelamatkan sang gagak... Akhirnya sang gagak dibawa menghadap ke masyarakat untuk diadili...
![]() |
| Di Mahkamah Dinasti Gagak Hitam Berkilat |
Maka berlakulah sidang penghukuman tersebut.
Hakim: Sang Gagak, anda telah didakwa mengkhianati Dinasti Gagak Hitam Berkilat.
Sang Gagak: Izinkan saya bersuara, Yang Arif.
Hiruk Pikuk hadirin yang melihat sesi penghakiman tersebut membantah.
Hakim: Maaf, Hak Bersuara anda dinafikan oleh suara majoriti.
Peguam Bela: Meneliti keterangan - keterangan sang gagak, saya mendapati bahawa dia tidak berniat untuk mengkhianati kaum Gagak namun terpengaruh untuk menjadi kaum Merak.
Pendakwa Raya: Tetapi yang Arif, sang gagak telah meninggalkan kita selama 2 tahun. Dia telah ingkar untuk bersama kita. Dia telah menolak untuk bersama kita. Kita patut singkirkan dia. Buang dia dari kelompok kita. Gunakan Akta Pengkhianat 12 Pindaan 8.
Hakim: Sidang Majlis ditunda selama 2 jam. Diminta Juri - juri untuk berkumpul di bilik mesyuarat.
Selepas 2 jam.
Hakim: Sidang Penghakiman disambung semula. Juri 1, bentangkan analisa anda.
Juri 1: Menurut perkiraan saya,setelah meneliti hujah peguam bela dan bukti - bukti dikemukakan, saya yakin sang Gagak tidak berniat untuk mengkhianati kaum Gagak. Namun demikian tindakan beliau yang mengingkari arahan pihak diraja tidak boleh dipandang mudah dan mesti dihukum.
Juri 2: Oleh demikian itu, kami mencadangkan agar Sang Gagak tidak dihukum buang negara untuk selama - lamanya tetapi dikenakan untuk melaksanakan khidmat bakti kepada masyarakat secara percuma selama 2 tahun dan diletakkan pengawasan sehingga kesetiaannya tidak lagi diragui.
Hakim: Minta Pengundian dilaksanakan... Siapa yang bersetuju candangan Juri 2?
Ketua Petugas Mahkamah: 60 orang tuan.
Hakim: Siapa yang bangkang cadangan tersebut?
Ketua Petugas Mahkamah: 30 orang tuan.
Hakim: Dengan ini saya memutuskan bahawa mahkamah menjatuhkan hukuman kepada Sang Gagak 2 tahun khidmat bakti masyarakat secara percuma dan diletakkan di bawah pengawasan pihak penguatkuasa. Dengan ini berakhirlah perbicaraan kes. Hadirin diminta bersuara.
Maka legalah hati sang gagak, akhirnya diterima walaupun menyisihkan diri dan malu menjadi kaum gagak. "Biarpun bangsaku teruk, biarpun bangsaku mundur, biarlah bangsaku dipandang hina, aku takkan menghina darah keturunanku, tetapi aku berusaha membina bangsaku kembali menjadi gah,"getus hati sang gagak dalam diam penuh semangat dan kesyukuran.
TAMAT!
Pengajarannya? Hahaha. Dalam tu terang tang - tang dah bertulis. =)







Bahan Bacaan.. Tentang Islam dan Melayu.. http://umat-akhir.blogspot.com/2012/04/nota-islam-mengangkat-melayu-melayu.html
ReplyDelete