Thursday, 3 May 2012

Kisah Sang Gagak menjadi Sang Merak

Asalamualaikum, maaf memandangkan ak masih tidak mempunyai idea untuk menyusun kata untuk menyambung tinta berbicara mengenai kembaraku di bumi kemboja. Untuk mengisi ruang kosong tersebut. Ingin aku isi sebuah ceritera yang ku coretkan ketika suatu gathering dahulukala.

Cerita Rakyat: GAGAK dengan MERAK (dengan gaya olahan sendiri)

Buku Cerita Merak & Gagak



Gagak terbang cari makan
Alkisah sebuah cerita yang dipetik ketika hanya haiwan sahaja yang sahaja mendiami bumi. (konfem cerita dongeng) Terdapat seekor gagak berwarna hitam berkilat yang hidup bersama masyarakatnya di sebuah hutan yang aman damai. Pada suatu hari, sang gagak terbang lah mencari rezeki dan hinggap di sebuah pokok. Kedengaran suara sayup memecah kesunyian. Terpandanglah sang gagak suatu makhluk yang cukup indah di matanya. Bulu pelepahnya sungguh indah berwarna - warni macam pelangi... (itu auta) Jeng2... Apakah binatang tersebut?


Merak Albino kowt?
Rupa - rupanya, itulah merak yang cukup indah. Sang gagak begitu tertarik sekali lalu dia termenung seketika. "Oh, alangkah indahnya jika aku memiliki bulu seperti sang merak!", berdesis hatinya. Setiap hari, sang gagak akan menghinggapi pokok yang berhampiran perkampungan sang merak memerhatikan kehidupan sang merak yang begitu baik. Gaya hidup sang merak begitu teratur, sopan dan begitu lembut. Ada saja perkara yang membuat sang gagak kagum melihat spesis merak. Sehingga hatinya tertarik untuk menjadi sebahagian daripada kelompok sang merak. Hampir setiap hari sang gagak menceritakan kekagumannya kepada kawannya tetapi diketewakan sahaja. Mereka membalas, "Usahlah ko kagum sangat  pada sang merak, ko takkan mungkin menjadi sang merak la". Terpukul sang gagak dengan kata - kata sahabatnya itu lalu bertekad mendekati kelompok sang merak. 


Maka, hinggaplah ia (kalau cikgu bm ak taw ak gunakan "ia", konfem kena tiaw.. sorry cikgu x taw nak bagi ganti nama apa dah) berhampiran dengan seekor merak. Lalu berkicauan lah kelompok sang merak tersebut memanggil kawan - kawannya lain. Berhimpun la kawan sang merak sambil memerhatikan sang gagak yang berlakon seolah - olah mencari makanan. Lalu berbisik - bisik antara mereka melihat  sang gagak. "Itu puak gagak ke?". "Ewww, buat apa dia menyemak di kawasan kita". "Ish, hodohnya sang gagak tu". "Takda kelas langsung." Dan pelbagai bisikan - bisikan yang sayup - sayup tetapi masih ditangkap oleh deria pendengaran sang gagak. Lalu sang gagak terasa hati dan terbang ia pergi jauh. Lalu termenunglah sang gagak dihina sebegitu rupa. Sang gagak melihat sayapnya, "hitam tak lawa la, patut la aku kena kutuk",getus hatinya. Namun begitu, hatinya sudah bertekad untuk menjadi seekor merak tidak mudah luntur dengan dugaan tersebut.


Agaknya Gam Gajah kowt yang Sang Gagak pakai.
Setelah sepurnama sang gagak memerah otak mencari jawapan untuk permasalahan yang dihadapi, akhirnya terbalas jua. Ketika ia terbang mencari makanan, terjumpa bangkai seekor merak yang baru sahaja dipatuk ular. Singgah la sang gagak untuk melihat lebih dekat. Setelah lama memerhatikan bangkai tersebut, terpacul suatu idea. "Apa kata, aku cabut bulu pelepah merak ini dan aku tampal pada tubuhku", fikir sang gagak. Tanpa berlengah, sang gagak mencabut semua bulu pelepah bangkai burung merak itu sehingga togel (kejam wooo...) Sang gagak terbang mengumpul getah - getah pokok untuk dijadikan sebagai pelekat. Setelah seharian berusaha, akhirnya jadilah sang gagak seekor merak yang indah. Dia tidak lupa untuk mengebumikan bangkai merak tersebut. (Kejam - kejam pun still berperasaan) Terbanglah sang gagak "merak" ke kawanan sang merak. Dan diterima masyarakat di situ dengan mudah.. (Happy Ending, tepuk tangan cepat.. Hahaha)
Happy Ending? Not yet.
Hukuman Buat Sang Gagak
Bzzzt... (Bosan la citer cam2, ok sambung balik) Hiduplah sang gagak "merak" aman damai bersama  masyarakat baru nya.. (Yeay!!) Disangka kemarau sampai ke petang, Akhirnya hujung pada tengah harinya.. (Hahaha.. betul ke peribahasa nie?) Pada suatu hari, hujan melanda dengan sangat lebat selama 2 hari tanpa henti (Hutan nie ada sistem perparitan yang terbaik, sbb 2 la x banjir) Tanpa diketahui sang gagak "merak" akhirnya, getah pokok yang digunakan sebagai pelekat luntur, lalu tertanggallah segala bulu pelepah yang melekat pada tubuhnya... Terbongkarlah sudah pembohongan selama ini... Akhirnya, sang gagak "merak" ditahan atas dakwaan menyamar dan mengintip... Dan dikurung untuk dihukum... Patah lah hati sang gagak menyesali kesilapannya... (Sad Ending... )


(Teettt... Ada lagi page yang x habis salin nie..) Rupa - rupanya, ditakdirkan bahawa sang gagak tidak menemui ajal di tangan sang merak... Ada kawannya yang prihatin dan risau sentiasa memerhatikannya dan memantau dari jauh... Lalu menyelamatkan sang gagak... Akhirnya sang gagak dibawa menghadap ke masyarakat untuk diadili... 


Di Mahkamah Dinasti Gagak Hitam Berkilat


Maka berlakulah sidang penghukuman tersebut.


Hakim: Sang Gagak, anda telah didakwa mengkhianati Dinasti Gagak Hitam Berkilat.
Sang Gagak: Izinkan saya bersuara, Yang Arif.


Hiruk Pikuk hadirin yang melihat sesi penghakiman tersebut membantah.


Hakim: Maaf, Hak Bersuara anda dinafikan oleh suara majoriti.
Peguam Bela: Meneliti keterangan - keterangan sang gagak, saya mendapati bahawa dia tidak berniat untuk mengkhianati kaum Gagak namun terpengaruh untuk menjadi kaum Merak.
Pendakwa Raya: Tetapi yang Arif, sang gagak telah meninggalkan kita selama 2 tahun. Dia telah ingkar untuk bersama kita. Dia telah menolak untuk bersama kita. Kita patut singkirkan dia. Buang dia dari kelompok kita. Gunakan Akta Pengkhianat 12 Pindaan 8.
Hakim: Sidang Majlis ditunda selama 2 jam. Diminta Juri - juri untuk berkumpul di bilik mesyuarat.


Selepas 2 jam.


Hakim: Sidang Penghakiman disambung semula. Juri 1, bentangkan analisa anda.
Juri 1: Menurut perkiraan saya,setelah meneliti hujah peguam bela dan bukti - bukti dikemukakan, saya yakin sang Gagak tidak berniat untuk mengkhianati kaum Gagak. Namun demikian tindakan beliau yang mengingkari arahan pihak diraja tidak boleh dipandang mudah dan mesti dihukum.
Juri 2: Oleh demikian itu, kami mencadangkan agar Sang Gagak tidak dihukum buang negara untuk selama - lamanya tetapi dikenakan untuk melaksanakan khidmat bakti kepada masyarakat secara percuma selama 2 tahun dan diletakkan pengawasan sehingga kesetiaannya tidak lagi diragui.
Hakim: Minta Pengundian dilaksanakan... Siapa yang bersetuju candangan Juri 2?
Ketua Petugas Mahkamah: 60 orang tuan.
Hakim: Siapa yang bangkang cadangan tersebut?
Ketua Petugas Mahkamah: 30 orang tuan.
Hakim: Dengan ini saya memutuskan bahawa mahkamah menjatuhkan hukuman kepada Sang Gagak 2 tahun khidmat bakti masyarakat secara percuma dan diletakkan di bawah pengawasan pihak penguatkuasa. Dengan ini berakhirlah perbicaraan kes. Hadirin diminta bersuara.


Maka legalah hati sang gagak, akhirnya diterima walaupun menyisihkan diri dan malu menjadi kaum gagak. "Biarpun bangsaku teruk, biarpun bangsaku mundur, biarlah bangsaku dipandang hina, aku takkan menghina darah keturunanku, tetapi aku berusaha membina bangsaku kembali menjadi gah,"getus hati sang gagak dalam diam penuh semangat dan kesyukuran. 


TAMAT! 


Pengajarannya? Hahaha. Dalam tu terang tang - tang dah bertulis. =) 




1 comment:

  1. Bahan Bacaan.. Tentang Islam dan Melayu.. http://umat-akhir.blogspot.com/2012/04/nota-islam-mengangkat-melayu-melayu.html

    ReplyDelete