Mynewshub – Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam
terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk
negara itu beragama Islam. Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari
2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun. Secara purata,
seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama
dalam setiap 15 saat. Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia
diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti. Ramai
yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan
mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang
kontemperori (liberal). Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama
Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka. Isu ini semakin
meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang
bebas kepada mereka.
Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip
dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat
Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.
Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta
intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.
Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy
Mission Indonesia melancarkan kempen ‘Save Maryam’. Jika dirujuk kepada laman
web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat
aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara. Kempen ‘Save
Maryam’ sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang
sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori. Kempen itu antaranya
menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh
mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik
bagi kehidupan moden mereka.
Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam
adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh
Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman
dalam agama itu) kepada hari Jumaat. Melalui kempen Save Maryam, antara usaha
yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah
dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak
generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam
kepada semua penonton sasaran.
Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian
Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan
terutama generasi muda. Badan amal itu juga turut merangka penubuhan
mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan
sasaran yang mengalami krisis makanan. Dalam usaha mereka merangka strategi
sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen
itu merupakan satu propaganda.
Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen,
jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai
program serta kempen amal sebelum ini. Jika anda ingin mendapatkan info yang
lebih lanjut serta ingin menjayakan kempen itu, sila layari
http://savemaryam.com/ dan http://www.mercymissionworld.org/ atau
Twitter https://twitter.com/savemaryam dan Facebook http://www.facebook.com/whoismaryam
Layari dan share klip video penerangan di bawah yang
menceritakan mengenai masalah murtad di kalangan remaja Indonesia.
KITA BOLEH MEMBANTU….INI BUKAN SOAL NEGARA MANA…INI SOAL
AKIDAH KITA DAN SAUDARA SEAGAMA KITA.



No comments:
Post a Comment