Maaf, lama rasanya tidak update blog. Disebabkan tanggungjawab exco 2 Rakan Seni Budaya & Pembantu Penyelidikan UTP, sehingga terpaksa menanti ke saat ini. (hahaha, xde idea sebenarnya)
Program Ibadah Korban di Kemboja merupakan program julung - julung kalinya diadakan oleh Sekretariat Rakan Muda UTP pada 2011. Program ini merupakan kesinambungan aktiviti - aktiviti jelajah asia yang bermatlamat untuk menabur bakti dan mempelajari suasana di negara orang. Sebelum ini, SRM UTP telah menjejakkan kaki di Brunei dan Indonesia. Program Ibadah Korban di Kemboja bertujuan untuk melaksanakan ibadah korban di kawasan kampung Chrok Romie, Phnom Phen (law x silap ejaannya :P) dan melihat keadaan di sana untuk program akan datang. Apa yang menariknya berkenaan program ini adalah ianya dijalankan pada hari ibadah korban.. (kitorang beraya di kemboja la.. huahuahua.. merasa jugak beraya kat oversea)
| Tiket Angkor Wat |
| My Passport |
| Inside my passport |
| Our plane |
Penglibatan program hanya terhad kepada ahli SRM UTP. (more or less like bonding activity but as for SRM UTP member, we are unique.. our bonding session in oversea.. huahuahua.. don't be jealous.. I don't know about others student body done like SRM UTP did except RM UTP la) Pengambaraan ini ditakdirkan berlaku selama 5 hari. Kisahnya pengambaraan ini dimulakan pada 3 November 2011 (Khamis) pukul 3.00 pagi dan berakhir pada 7 November 2011 (Isnin) pukul 6.00 petang. (detail bhai... kamera member tulis leh la citer.. :P) Insyallah, tinta ku hanya sampai di sini sahaja... akan ku update perjalanan nya hari by hari...
Sekian.. :) harap sabar menunggu.. (hahaha law x sabor kene remind ak la.. hahaha agak keberatan nak mnulis.. :P)
No comments:
Post a Comment